PERTANDINGAN VIDEO BERSEMPENA DENGAN OLD KUCHING HERITAGE
Tema:
- Video yang dipaparkan haruslah meliputi 4 komponen Old Kuching Heritage iaitu Kampung Heritage, Waterfront Heritage, Business Heritage dan Heritage Trails. Sila daftar dan layari laman sesawang kuchingkampungheritage.my/register untuk maklumat lanjut.
Sasaran:
Kategori terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
- Pelajar yang berumur 15 tahun ke atas dan penuntut di IPTA & IPTS.
- Terbuka kepada golongan pelajar sekolah yang berumur 15 tahun ke atas dan penuntut IPTA/IPTS di Sarawak sahaja.
- Borang penyertaan hendaklah didaftarkan ke atas nama pelajar yang bertanggungjawab untuk penyertaan tersebut dan disertakan sekali dengan salinan kad pelajar sebagai bukti.
- Terbuka
- a) Semua warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak.
- b) Penyertaan dari individu yang mewakili sendiri, kumpulan penerbit atau
Syarikat .
**Kategori Khas:
- Hanya terhad kepada SATU (1) video sahaja yang mendapat tontonan tertinggi bagi kategori pilihan ramai – paling banyak menerima LIKE di media social (Youtube)
Durasi:
Video tidak melebihi 3 minit – tidak termasuk kredit title.
Syarat-syarat Penerbitan:
- Video hendaklah mengikut tema yang telah ditetapkan.
- Format video HD/1080.
- Video hendaklah dalam aspek ratio 16:9 HD.
- Tiada sensiviti perkauman/politik/agama.
- Bahasa digunakan adalah bebas dengan syarat mesti disertakan dengan sarikata Bahasa Inggeris/Melayu.
- Pihak jawatankuasa berhak untuk meminta footage dan sequence file dari 10 penyertaan terpilih.
- Boleh mengunakan animasi mengikut kreativiti peserta dalam memaparkan kandungan visual Old Kuching Heritage.
- Daftar masuk sebagai ahli komuniti dan hantarkan penyertaan video melalui kuchingkampungheritage.my/user.
- Peserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan, akan tetapi hanya satu video sahaja yang layak menerima hadiah.
Jenis – Jenis Penyertaan
- Filem Pendek yang merangkumi ciri-ciri seperti dokumentasi, video animasi, promo video dan lain-lain.
Borang Penyertaan dan Tarikh tutup:
Tarikh akhir untuk mendaftar borang secara online dan menghantar video penyertaan adalah sebelum 12.00 tengah malam pada 16 November 2018. Video boleh di hantar ke laman sesawang www.kuchingkampungheritage.my/user.
Hadiah:
Kategori Pelajar berumur 15 tahun keatas dan IPTA / IPTS:
- Juara RM 5,000, Naib juara RM 3,000, Ke-3 RM 2,000
- 7 hadiah saguhati RM 500
- Sijil penyertaan
Kategori Terbuka:
- Juara RM 5,000, Naib juara RM 3,000, Ke-3 RM 2,000
- 7 hadiah saguhati RM 500
- Sijil penyertaan
Perasmian/pelancaran pertandingan:
- Pada 28 September 2018
Judging Criterion
Total: 100 points
- Content / editorial direction (30 points)
- Quality of Information (20 points)
- Quality of Production & Technique (20 points)
- Presentation & Creativity (20 pionts)
- Overall Impression (10 points)