Startup Borneo Bakal Dapat Kerjasama Latihan Daripada Syarikat Besar

Startup Borneo Bakal Dapat Kerjasama Latihan Daripada Syarikat Besar

Sebuah syarikat kejuruteraan gas dan minyak yang beroperasi dipelbagai negara, Serba Dinamik Holdings Bhd bakal melancarkan kolaborasi pertama mereka dengan sebuah hub startup di Sarawak yang juga dikenali sebagai Startup Borneo. Mahu Usahawan Muda Bergerak Jadi Syarikat Besar Seperti Google Pengarah kumpulan syarikat yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata kerjasama tersebut disasarkan untuk merubah pola berfikir dikalangan usahawan muda untuk meneroka dalam aktiviti perniagaan selain daripada menyumbang kepada pembangunan negara. “Ini akan membantu mereka untuk memasarkan idea perniagaan mereka sekaligus mengembangkanna menjadi seperti startup hebat di Silicon Valley seperti Dell, Google dan Facebook,” katanya kepada Bernama. Abdul Karim berkata Startup Borneo kini memiliki 33 entiti berdaftar yang meliputi inkubator, pemecut (accelerators) dan startups. Manakala Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya oleh Serba Dinamik akan mengetuai program bersama tersebut. Bermula Di Sarawak Dan Seterusnya Ke Negeri Lain “Buat masa ini program ini akan dilancarkan di Sarawak dan diteruskan dengan cara yang sama di Johor Bahru lalu ke negeri lain...
Read More