Anak petani miskin berasal dari Sarawak kini bergelar ‘multi bilionaire’

Anak petani miskin berasal dari Sarawak kini bergelar ‘multi bilionaire’

TAK ramai tahu yang baru-baru ini sebuah syarikat dari Malaysia, Serba Dinamik Holdings Bhd memperoleh kontrak bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan hab inovasi merangkumi pembangunan pejabat, restoran, pusat pameran dan pusat IT di Abu Dhabi dengan nilai mencecah RM7.71 bilion! Serba Dinamik juga baru-baru ini berjaya dalam usaha mereka untuk mendapatkan kontrak operasi dan penyelenggaraan menerusi anak syarikat milik penuhnya, Serba Dinamik International Ltd (SDIL) di Oman dengan anggaran nilai kontrak kira-kira RM320.89 juta. Untuk pengetahuan korang, pada suku kedua berakhir 30 Jun 2020, keuntungan bersih Serba Dinamik meningkat kepada RM147.88 juta pada hingga menyaksikan perolehan syarikat itu naik kepada RM1.44 bilion berbanding RM1.14 bilion pada tahun lepas, luar biasa! Tetapi tahukah korang siapakah insan di sebalik syarikat yang terkenal dalam industri minyak dan gas itu? Namanya adalah Mohd. Abdul Karim Abdullah, seorang jurutera lulusan kejuruteraan mekanikal dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang berasal dari Sarawak. Beliau bukanlah anak orang kaya atau dari berasal dari keluarga terkenal dari bumi kenyalang itu. Bukan juga proksi siapa-siapa. Untuk...
Read More