Seni budaya etnik di Sarawak perlu dipertahankan

Seni budaya etnik di Sarawak perlu dipertahankan

KUCHING: Mempertahankan seni budaya masyarakat etnik adalah antara sebab Sarawak menuntut hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).  Menteri  Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, perjuangan itu perlu diteruskan agar warisan budaya dan adat resam  negeri ini dapat terus dipelihara. Justeru, katanya, adalah diharapkan lebih ramai golongan belia melibatkan diri dalam apa jua program kebudayaan seperti yang dianjurkan oleh Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS). “Penyertaan belia penting dalam usaha berterusan membantu kerajaan memelihara  kepelbagaian budaya dan warisan Sarawak. “Misalan, masyarakat Melayu sebagai salah satu etnik di Sarawak perlu memastikan budayanya dipromosikan kepada masyarakat umum seperti  tarian, muzik, bahasa, pakaian, silat dan sebagainya agar tidak lupus dek zaman,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Samarindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak Siri I: Gendang Melayu Sarawak di Godown Amphitheatre, Tebingan Kuching di sini, malam Sabtu. Sharifah Hasidah menambah, perjuangan untuk memelihara warisan budaya pada hari ini semakin mencabar dengan adanya media sosial, internet dan hiburan moden...
Read More
Galeri Songket Dan Keringkam Pertahan Warisan Melayu Sarawak

Galeri Songket Dan Keringkam Pertahan Warisan Melayu Sarawak

KUCHING: Pengwujudan Galeri Songket dan Keringkam adalah sebahagian daripada pendekatan Kerajaan Sarawak untuk mempertahankan ekosistem warisan terutamanya sektor pelancongan khususnya di pusat bandaraya Kuching. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg berkata, galeri tersebut bukan sahaja akan menarik pelancong, malah mempamerkan dan membekalkan produk warisan kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan produk warisan Melayu Sarawak. “Ini sebahagian daripada pendekatan kita untuk mempertahankan ekosistem warisan di bandaraya Kuching.” “Ini termasuk kebudayaan seperti Kain Songket Keringkam satu pameran bukan sahaja menarik para pelancong, tetapi sebagai galeri untuk mereka mendapati ataupun bebekalkan produk warisan,” kata beliau semasa bertemu dengan media selepas majlis perlancaran Galeri Songket dan Keringkam di Kuching. Selain itu, beliau yang juga menteri kewangan Sarawak berkata kerajaan negeri akan membangunkan sebuah lagi muzium warisan budaya melayu di Darul Hana yang masih dalam peringkat reka bentuk. Tambahnya muzium tersebut akan mempamerkan kehidupan di kampung dan permainan tradisi masyarakat melayu. [Source: "Galeri Songket Dan Keringkam Pertahan Warisan Melayu Sarawak" published by TVSarawak] ...
Read More
Songket, keringkam Sarawak  produk pelancongan untuk pasaran antarabangsa

Songket, keringkam Sarawak produk pelancongan untuk pasaran antarabangsa

KUCHING: Kerajaan Sarawak mahu setiap produk tempatan Sarawak yang berpotensi untuk diangkat dan dipasarkan sebagai produk pelancongan yang boleh dijual di pasaran antarabangsa. Dalam siaran media bersama CENTEXS Commersial dan Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) berkata, produk seperti songket dan keringkam adalah salah satu contoh produk tempatan untuk dipasarkan selain mengangkat semula khazah warisan Melayu Sarawak lama. “Penubuhan Galeri Songket dan Keringkam Sarawak yang telah dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 6 Mac lalu bertujuan untuk memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada pengunjung dan generasi muda mengenai kewujudan songket dan keringkam di Sarawak,” katanya. Pada Khamis, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato’ Sri Nancy Shukri bersama Menteri Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew telah melawat Galeri Songket dan Keringkam Sarawak yanng terletak di tepi Padang Merdeka Kuching. Untuk itu, CENTEXS Commercial telah berperanan untuk mempromosi dan mengkomersialkan songket dan keringkam Sarawak supaya dapat memasuki...
Read More
Jejak seni warisan Sarawak

Jejak seni warisan Sarawak

KEPELBAGAIAN budaya dan keindahan alam semula jadi di Sarawak memang unik, lantas sering menjadi pilihan pelancongan dalam dan luar negara untuk menerokai. Umpamanya, Galeri Songket dan Keringkam, iaitu lokasinya di tepi Padang Merdeka, di pusat bandar raya Kuching, menjadikan kedudukan lokasi itu cukup strategik untuk dikunjungi. Galeri berkenaan diwujudkan oleh kerajaan Sarawak sebagai usaha untuk mempertahan warisan nenek nenek moyang, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu Sarawak. Lantas sewajarnya dimasukkan dalam pakej kepada pelancong apabila ke bumi Kenyalang bagi melihat secara dekat bagaimana proses penghasilan tenunan tradisional Sarawak. Malah, pengunjung boleh mendapatkan hasil tenunan warisan untuk cenderamata untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan berharga ketika berkunjung ke situ. Tenunan songket Sarawak dikenali keunikannya yang berbeza dengan songket di negeri Pantai Timur kerana penghasilannya menggunakan teknik sembunyi benang. Ini menjadikan jahitan di bahagian luar dan dalam tiada bezanya, sekali gus membolehkan kedua-dua bahagian dipakai. Keringkam diperkemaskan adalah selendang, tudung ataupun skaf tradisional ini lazimnya dipakai oleh wanita Melayu di Sarawak. Pemakaiannya menjadi pelengkap busana tradisional masyarakat Melayu di Sarawak yang sering...
Read More
Fund to facilitate youths’ entry to creative industry

Fund to facilitate youths’ entry to creative industry

KUCHING: Minister of Youth and Sports Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah has once again called upon all talented young Sarawakians to apply for capital under the Sarawak Youth Creative Industry Fund. According to him, the Sarawak government has set aside an allocation of RM9 million, slated for youths who want to venture into the creative industry. The application form can be downloaded via https://myss.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?mod=download&id=23&menu_id=0&sub_id=189. “Talented youths in Sarawak can apply for this fund to pursue their interest in the fields of arts and culture,” said Abdul Karim, who is also Minister of Tourism, Arts and Culture, in his opening remarks for the ‘Youth Roadshow Programme’ at SMK Balai Ringin yesterday. He said the fund could be utilised for exposure purposes, development and expansion of value-based network of music, theatres, as well as creativity and innovation areas covering arts and designs, video production, video games, animations, film and cinematography. Earlier, Assistant Minister of Youth and Sports Datuk Snowdan Lawan said any information pertaining to government’s policies that...
Read More
Nancy melantik Sanib sebagai Ahli Lembaga Penasihat Arkib Negara Malaysia

Nancy melantik Sanib sebagai Ahli Lembaga Penasihat Arkib Negara Malaysia

KUCHING, 5 JULAI 2020 (SNN) – YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri telah menyampaikan surat pelantikan kepada Datu Dr. Sanib bin Hj. Said sebagai Ahli Lembaga Penasihat Arkib Negara Malaysia petang tadi.  Nancy merupakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang bertanggungjawab kepada pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan termasuk Arkib Negara Malaysia yang mempunyai cawangan di negeri Sarawak. Nancy berkata dengan kelayakan dan pengalaman yang luas, Sanib akan mampu memberikan sumbangan kepada kemajuan Arkib Negara Malaysia di peringkat kebangsaan. Sanib Said (67) merupakan salah seorang sejarawan yang terkenal di Sarawak dan Malaysia.  Sebagai seorang sejarawan beliau banyak menggunakan perkhidmatan arkib bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara.  Penyelidikan yang dilakukan beliau telah menghasilkan tesis dan buku tentang sejarah Sarawak.  Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Sanib pernah berkhidmat sebagai Pegawai Arkib dan sempat mengikuti kursus Post-Diploma in Information Management and Archives Administration di University of New South Wales, Australia pada tahun 1982. Beliau merupakan mantan Ketua Jabatan Sejarah, Universiti Brunei Darussalam; Pengarah, Jabatan Muzium Sarawak dan...
Read More
Terbaiklah! D’Virtual Park, Taman Tema VR Pertama Sarawak Kini Dibuka

Terbaiklah! D’Virtual Park, Taman Tema VR Pertama Sarawak Kini Dibuka

D’Virtual Park yang terletak di Jalan Meranek, Kota Samarahan Sarawak yang juga taman tema realiti maya (VR) pertama di Borneo dibuka kepada orang ramai. Namun kapasiti pengunjung akan dikurangkan dalam satu masa. Langkah itu sejajar dengan pelaksanaan prosedur keselamatan dan kesihatan ditetapkan kerajaan mengikut Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Mengikut prosedur terbabit, para pengunjung disyaratkan memakai penutup hidung dan mulut apabila memasuki premis serta mengamalkan penjarakan sosial manakala kakitangan taman akan bertindak mengendalikan orang ramai bagi sesi menikmati perjalanan atau pengembaraan secara realiti maya, ketika beratur serta di kafe. Pengunjung yang ingin memasuki Taman Tema VR dengan kos bernilai RM13 juta ini juga perlu membuat tempahan tiket awal bagi mengelak beratur di pintu masuk dan sebelum memasuki taman. Selain itu, kod imbasan QR juga akan dilaksanakan bagi tujuan pengesanan kontak. D-Virtual Park itu beroperasi dalam sembilan blok bangunan tiga tingkat yang menawarkan kira-kira 10 perjalanan pengembaraan hiburan secara realiti maya dengan VR Elevation D’Luxe terbukti antara yang paling popular. Tarikan lain termasuk VR...
Read More
Calling out all creative talent to join up this XLR8 community

Calling out all creative talent to join up this XLR8 community

https://www.facebook.com/SerbaDigitalX/videos/715178939280916/ #XLR8Now #XLR8Community #CreativeCommunity #SerbaDigitalX #StartupBorneo Calling out all creative talent to join up this XLR8 community. You can explore and share your ingenuity around startup and creative community ecosystem. With us, you can earn a lot of benefits and latest insight from SDx Studio. Hit this link to register NOW @ https://bit.ly/ApplyXLR8Now !https://bit.ly/ApplyXLR8Nowhttps://bit.ly/ApplyXLR8Now ...
Read More