
D-Virtual Park beri pendedahan mengenai teknologi digital kepada rakyat tempatan
KUALA LUMPUR, 12 Okt -- D-Virtual Park, taman tema realiti maya (VR) pertama di Borneo oleh Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) yang dilancarkan secara rasmi di Kota Samarahan, Sarawak, hari ini merupakan inisiatif terbaik oleh syarikat itu untuk memberi kesedaran dan pendedahan dalam kalangan penduduk luar bandar mengenai teknologi terbahru dan penggunaan peranti serta aplikasi digital.
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata taman tema VR itu seirin dengan agenda kerajaan Sarawak untuk memacu ekonomi digital kerana ia adalah salah satu cara untuk merevolusikan ekonomi digital dalam kalangan 2.8 juta penduduk tempatan.
"Untuk menjadi agresif di pasaran, kita harus dihubungkan dengan pasaran.
"Oleh itu, kita mesti menggunakan penghubung ke pasaran, iaitu dengan mempromosikan penggunaan lejer digital terbuka, pautan yang dihubungkan ke seluruh dunia," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran hari ini.
Beliau juga berkata kerajaan negeri Sarawak ketika ini sedang dalam usaha untuk meningkatkan infrastruktur jaringannya, ia telah melabur sebanyak RM1 bilion daripada dana negeri bagi kerja-kerja menaiktaraf, termasuk memasang menara telekomunikasi, selain menerima bantuan yang sesuai daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Abang Johari juga berkata memandangkan kegiatan pertanian negeri merangkumi sebahagian besar penduduk, kerajaan negeri sedang...