D-Virtual Park beri pendedahan mengenai teknologi digital kepada rakyat tempatan

D-Virtual Park beri pendedahan mengenai teknologi digital kepada rakyat tempatan

KUALA LUMPUR, 12 Okt -- D-Virtual Park, taman tema realiti maya (VR) pertama di Borneo oleh Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) yang dilancarkan secara rasmi di Kota Samarahan, Sarawak, hari ini merupakan inisiatif terbaik oleh syarikat itu untuk memberi kesedaran dan pendedahan dalam kalangan penduduk luar bandar mengenai teknologi terbahru dan penggunaan peranti serta aplikasi digital. Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata taman tema VR itu seirin dengan agenda kerajaan Sarawak untuk memacu ekonomi digital kerana ia adalah salah satu cara untuk merevolusikan ekonomi digital dalam kalangan 2.8 juta penduduk tempatan. "Untuk  menjadi agresif di pasaran, kita harus dihubungkan dengan pasaran. "Oleh itu, kita mesti menggunakan penghubung ke pasaran, iaitu dengan mempromosikan penggunaan lejer digital terbuka, pautan yang dihubungkan ke seluruh dunia," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran hari ini. Beliau juga berkata kerajaan negeri Sarawak ketika ini sedang dalam usaha untuk meningkatkan infrastruktur jaringannya, ia telah melabur sebanyak RM1 bilion daripada dana negeri bagi kerja-kerja menaiktaraf, termasuk memasang menara telekomunikasi, selain menerima bantuan yang sesuai daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Abang Johari juga berkata memandangkan kegiatan pertanian negeri merangkumi sebahagian besar penduduk, kerajaan negeri sedang...
Read More
Temasya Warisan Melayu 2019

Temasya Warisan Melayu 2019

Mengimbau kembali temasya warisan melayu 2019 yang mengetengahkan seni warisan seperti silat, sukan rakyat, muzik tradisional dan pertandingan busana tradisional melayu. Temasya yang berlangsung dari 6 sehingga 26 oktober 2019 ini turut melibatkan pihak KEWARISMA bagi menjayakannya. Temasya ini juga telah menempah nama dalam The Malaysia Book Of Record di atas kejayaan "Persembahan Hadrah Terbesar" dan diiringi 1000 Pesilat bersama Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, bertempat di Padang Merdeka Kuching Sarawak. https://www.youtube.com/watch?v=XDIkzVAAECM ...
Read More
Showbiz: Young Sarawakians create patriotic medley ‘Carya Pertiwi’

Showbiz: Young Sarawakians create patriotic medley ‘Carya Pertiwi’

Source: Published by Dennis Chua on September 2, 2020 at 9:59PM Steff Fleur and the musicians of Carya Pertiwi KUCHING: A group of young singers and musicians from Sarawak are marking Malaysia's 63rd National Day with a medley of popular patriotic songs over the decades, titled Carya Pertiwi, complete with a music video. The medley includes Malaysia Oh Tanah Airku, Bahtera Merdeka (made popular by Datuk Ahmad Jais), Standing In The Eyes Of The World (by Ella), Warisan (by Datuk Sudirman Arshad), and Sejahtera Malaysia (by Roy). Carya Pertiwi's executive producer Aishah Alias said that the medley performed by multi-racial talents from various musical genres such as pop, rock and Asli music was truly a representative of Bangsa Malaysia. "Besides celebrating the musical and cultural diversity of the nation and instilling the spirit of patriotism amongst music lovers, Carya Pertiwi also aims to showcase Sarawak's homegrown talents who are aplenty. It is our aim to give fresh interpretations and arrangements of timeless patriotic songs for...
Read More
Seni budaya etnik di Sarawak perlu dipertahankan

Seni budaya etnik di Sarawak perlu dipertahankan

KUCHING: Mempertahankan seni budaya masyarakat etnik adalah antara sebab Sarawak menuntut hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).  Menteri  Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, perjuangan itu perlu diteruskan agar warisan budaya dan adat resam  negeri ini dapat terus dipelihara. Justeru, katanya, adalah diharapkan lebih ramai golongan belia melibatkan diri dalam apa jua program kebudayaan seperti yang dianjurkan oleh Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS). “Penyertaan belia penting dalam usaha berterusan membantu kerajaan memelihara  kepelbagaian budaya dan warisan Sarawak. “Misalan, masyarakat Melayu sebagai salah satu etnik di Sarawak perlu memastikan budayanya dipromosikan kepada masyarakat umum seperti  tarian, muzik, bahasa, pakaian, silat dan sebagainya agar tidak lupus dek zaman,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Samarindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak Siri I: Gendang Melayu Sarawak di Godown Amphitheatre, Tebingan Kuching di sini, malam Sabtu. Sharifah Hasidah menambah, perjuangan untuk memelihara warisan budaya pada hari ini semakin mencabar dengan adanya media sosial, internet dan hiburan moden...
Read More
Galeri Songket Dan Keringkam Pertahan Warisan Melayu Sarawak

Galeri Songket Dan Keringkam Pertahan Warisan Melayu Sarawak

KUCHING: Pengwujudan Galeri Songket dan Keringkam adalah sebahagian daripada pendekatan Kerajaan Sarawak untuk mempertahankan ekosistem warisan terutamanya sektor pelancongan khususnya di pusat bandaraya Kuching. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg berkata, galeri tersebut bukan sahaja akan menarik pelancong, malah mempamerkan dan membekalkan produk warisan kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan produk warisan Melayu Sarawak. “Ini sebahagian daripada pendekatan kita untuk mempertahankan ekosistem warisan di bandaraya Kuching.” “Ini termasuk kebudayaan seperti Kain Songket Keringkam satu pameran bukan sahaja menarik para pelancong, tetapi sebagai galeri untuk mereka mendapati ataupun bebekalkan produk warisan,” kata beliau semasa bertemu dengan media selepas majlis perlancaran Galeri Songket dan Keringkam di Kuching. Selain itu, beliau yang juga menteri kewangan Sarawak berkata kerajaan negeri akan membangunkan sebuah lagi muzium warisan budaya melayu di Darul Hana yang masih dalam peringkat reka bentuk. Tambahnya muzium tersebut akan mempamerkan kehidupan di kampung dan permainan tradisi masyarakat melayu. [Source: "Galeri Songket Dan Keringkam Pertahan Warisan Melayu Sarawak" published by TVSarawak] ...
Read More
Songket, keringkam Sarawak  produk pelancongan untuk pasaran antarabangsa

Songket, keringkam Sarawak produk pelancongan untuk pasaran antarabangsa

KUCHING: Kerajaan Sarawak mahu setiap produk tempatan Sarawak yang berpotensi untuk diangkat dan dipasarkan sebagai produk pelancongan yang boleh dijual di pasaran antarabangsa. Dalam siaran media bersama CENTEXS Commersial dan Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) berkata, produk seperti songket dan keringkam adalah salah satu contoh produk tempatan untuk dipasarkan selain mengangkat semula khazah warisan Melayu Sarawak lama. “Penubuhan Galeri Songket dan Keringkam Sarawak yang telah dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 6 Mac lalu bertujuan untuk memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada pengunjung dan generasi muda mengenai kewujudan songket dan keringkam di Sarawak,” katanya. Pada Khamis, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato’ Sri Nancy Shukri bersama Menteri Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew telah melawat Galeri Songket dan Keringkam Sarawak yanng terletak di tepi Padang Merdeka Kuching. Untuk itu, CENTEXS Commercial telah berperanan untuk mempromosi dan mengkomersialkan songket dan keringkam Sarawak supaya dapat memasuki...
Read More
Jejak seni warisan Sarawak

Jejak seni warisan Sarawak

KEPELBAGAIAN budaya dan keindahan alam semula jadi di Sarawak memang unik, lantas sering menjadi pilihan pelancongan dalam dan luar negara untuk menerokai. Umpamanya, Galeri Songket dan Keringkam, iaitu lokasinya di tepi Padang Merdeka, di pusat bandar raya Kuching, menjadikan kedudukan lokasi itu cukup strategik untuk dikunjungi. Galeri berkenaan diwujudkan oleh kerajaan Sarawak sebagai usaha untuk mempertahan warisan nenek nenek moyang, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu Sarawak. Lantas sewajarnya dimasukkan dalam pakej kepada pelancong apabila ke bumi Kenyalang bagi melihat secara dekat bagaimana proses penghasilan tenunan tradisional Sarawak. Malah, pengunjung boleh mendapatkan hasil tenunan warisan untuk cenderamata untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan berharga ketika berkunjung ke situ. Tenunan songket Sarawak dikenali keunikannya yang berbeza dengan songket di negeri Pantai Timur kerana penghasilannya menggunakan teknik sembunyi benang. Ini menjadikan jahitan di bahagian luar dan dalam tiada bezanya, sekali gus membolehkan kedua-dua bahagian dipakai. Keringkam diperkemaskan adalah selendang, tudung ataupun skaf tradisional ini lazimnya dipakai oleh wanita Melayu di Sarawak. Pemakaiannya menjadi pelengkap busana tradisional masyarakat Melayu di Sarawak yang sering...
Read More
Fund to facilitate youths’ entry to creative industry

Fund to facilitate youths’ entry to creative industry

KUCHING: Minister of Youth and Sports Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah has once again called upon all talented young Sarawakians to apply for capital under the Sarawak Youth Creative Industry Fund. According to him, the Sarawak government has set aside an allocation of RM9 million, slated for youths who want to venture into the creative industry. The application form can be downloaded via https://myss.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?mod=download&id=23&menu_id=0&sub_id=189. “Talented youths in Sarawak can apply for this fund to pursue their interest in the fields of arts and culture,” said Abdul Karim, who is also Minister of Tourism, Arts and Culture, in his opening remarks for the ‘Youth Roadshow Programme’ at SMK Balai Ringin yesterday. He said the fund could be utilised for exposure purposes, development and expansion of value-based network of music, theatres, as well as creativity and innovation areas covering arts and designs, video production, video games, animations, film and cinematography. Earlier, Assistant Minister of Youth and Sports Datuk Snowdan Lawan said any information pertaining to government’s policies that...
Read More
Nancy melantik Sanib sebagai Ahli Lembaga Penasihat Arkib Negara Malaysia

Nancy melantik Sanib sebagai Ahli Lembaga Penasihat Arkib Negara Malaysia

KUCHING, 5 JULAI 2020 (SNN) – YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri telah menyampaikan surat pelantikan kepada Datu Dr. Sanib bin Hj. Said sebagai Ahli Lembaga Penasihat Arkib Negara Malaysia petang tadi.  Nancy merupakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang bertanggungjawab kepada pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan termasuk Arkib Negara Malaysia yang mempunyai cawangan di negeri Sarawak. Nancy berkata dengan kelayakan dan pengalaman yang luas, Sanib akan mampu memberikan sumbangan kepada kemajuan Arkib Negara Malaysia di peringkat kebangsaan. Sanib Said (67) merupakan salah seorang sejarawan yang terkenal di Sarawak dan Malaysia.  Sebagai seorang sejarawan beliau banyak menggunakan perkhidmatan arkib bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara.  Penyelidikan yang dilakukan beliau telah menghasilkan tesis dan buku tentang sejarah Sarawak.  Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Sanib pernah berkhidmat sebagai Pegawai Arkib dan sempat mengikuti kursus Post-Diploma in Information Management and Archives Administration di University of New South Wales, Australia pada tahun 1982. Beliau merupakan mantan Ketua Jabatan Sejarah, Universiti Brunei Darussalam; Pengarah, Jabatan Muzium Sarawak dan...
Read More