KOTA SAMARAHAN, 18 Okt: Pasukan Happy Go Lucky muncul juara Pertandingan Virtual I4.0 Hackathon Malaysia Timur 2020 bertempat di Taman D-Virtual Kota Samarahan di sini, hari ini.

Membentangkan Projek ‘A.I. Defective Glove Tracker’, wakil Universiti Malaysia Sabah itu mengalahkan 13 pasukan lain.

Dengan kejuaraan itu, Pasukan Happy Go Lucky merangkul hadiah wang tunai RM5,000 yang telah disampaikan Menteri Muda Belia Dan Sukan Datuk Snowdan Lawan secara maya.

Pada ucapannya, Snowdan yakin program Virtual Hackathon menyediakan peluang kepada pelajar universiti untuk mendalami isu sebenar yang dihadapi pihak industri berdasarkan kajian kes.

“Ini akan mengasah bakat para pelajar di dalam aspek penyelesaian masalah dan pengurusan projek.

“Secara tidak langsung, program juga membantu membentuk pelajar universiti menjadi usahawan menerusi permadanan perniagaan di antara usahawan kecil dan sederhana serta pelajar,” katanya.

Sementara itu, dua wakil Kolej Universiti Teknologi Sarawak, iaitu Pasukan Hozatech dan Pasukan Will merangkul tempat kedua dan ketiga dan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,000.

Pertandingan Virtual I4.0 Hackathon Malaysia Timur 2020 telah dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Sarawak dan Electrical & Electronics Productivity Nexus (EEPN).

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah MPC Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg. -DayakDaily

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments