KUCHING: Pengwujudan Galeri Songket dan Keringkam adalah sebahagian daripada pendekatan Kerajaan Sarawak untuk mempertahankan ekosistem warisan terutamanya sektor pelancongan khususnya di pusat bandaraya Kuching.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg berkata, galeri tersebut bukan sahaja akan menarik pelancong, malah mempamerkan dan membekalkan produk warisan kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan produk warisan Melayu Sarawak.

“Ini sebahagian daripada pendekatan kita untuk mempertahankan ekosistem warisan di bandaraya Kuching.”

“Ini termasuk kebudayaan seperti Kain Songket Keringkam satu pameran bukan sahaja menarik para pelancong, tetapi sebagai galeri untuk mereka mendapati ataupun bebekalkan produk warisan,” kata beliau semasa bertemu dengan media selepas majlis perlancaran Galeri Songket dan Keringkam di Kuching.

Selain itu, beliau yang juga menteri kewangan Sarawak berkata kerajaan negeri akan membangunkan sebuah lagi muzium warisan budaya melayu di Darul Hana yang masih dalam peringkat reka bentuk.

Tambahnya muzium tersebut akan mempamerkan kehidupan di kampung dan permainan tradisi masyarakat melayu.

[Source: “Galeri Songket Dan Keringkam Pertahan Warisan Melayu Sarawak” published by TVSarawak]
0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments