Pada 13 januari tahun 2020,di Kota Samarahan, Sarawak, telah diadakan pertandingan mereka cipta arca awam.Pertandingan ini dijangka berakhir pada 16 Mac 2020.

Pertandingan yang berdurasi selama 2 bulan ini merupakan salah satu anjuran bersama Majlis Perbandaran Kota Samarahan dan juga Pejabat Resident Kota Samarahan.

Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk pembinaan mercu tanda Kota Samarahan.

Pertandingan mereka cipta ini telah dibuka kepada seluruh warganegra Malaysia dan terbahagi kepada dua kategori iaitu, kategori terbuka yang berumur 18 tahun ke atas dan kategori Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Kepada pemenang pertandingan mereka arca ini akan dihadiahkan dengan hadiah yang lumayan. Bagi sesiapa yang berminat dan berbakat, sila dapatkan borang serta syarat penyertaan di https://mpks.sarawak.gov.my atau di Facebook page, Majlis Perbandaran Kota Samarahan.

Sebarang pertanyaaan sila hubungi 082-671 023 (ext 126).

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments