ABG JO HADIRI KONSERT PERTANDINGAN BAKAT KAMEK

KUCHING, 20 Disember 2019 – Konsert Pertandingan Akhir Old Kuching Smart Heritage (OKShe) Bakat Kamek 2019 telah berlangsung di Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama , Petra Jaya malam ini tadi.

Ketibaan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg telah disambut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi, Prestasi dan Penyampaian) Datu Dr Sabariah Putit, Dato’ Sri Abang Khalid bin Tan Sri Abang Marzuki, Pemangku Pengarah UKAS, Dato Hajah Norhyati binti Ismail dan beberapa kenamaan yang lain.

Pelbagai kategori telah dipertandingkan dalam konsert pertandingan Bakat Kamek iaitu :

1. Kategori Anugerah Vocal Terbaik dimenangi oleh Akma.

2. Kategori Anugerah Persembahan Terbaik dimenangi oleh Kumpulan Perey.

3. Kategori Stand Up Comedy :

a. Tempat Pertama dimenangi oleh Kumpulan Perey.
b. Tempat Kedua dimenangi oleh Kumpulan Power Ranger.
c. Tempat Ketiga dimenangi oleh NYO2.

4. Kategori Nyanyian dimenangi oleh :

a. Tempat Pertama dimenangi oleh Lydia.
b. Tempat Kedua dimenangi oleh Fizal.
c . Tempat Ketiga dimenangi oleh Kajol.

Konsert Bakat Kamek ini adalah anjuran bersama oleh Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan Old Kuching Smart Heritage (OKShe) dan turut disokong oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Tamat.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments