KUCHING: Ketua Menteri berkata, Kerajaan Sarawak akan menaja anak Sarawak yang cemerlang bagi melanjutkan pelajaran ke institusi terkemuka di luar negara.

“Saya cadangkan kita hantar anak kita dalam jurusan Ekonomi dan Kewangan Antarabangsa selain disiplin-disiplin lain bagi menimba ilmu mengikut peredaran zaman dan kehendak semasa,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak Ke-27 Yayasan Sarawak di Dewan Undangan Negeri di sini, malam tadi.

Tujuan menghantar pelajar berkenaan bagi mengikuti pelbagai bidang ilmu di universiti terkemuka di luar negara adalah bagi melahirkan anak Sarawak yang cemerlang.

Ia juga, katanya bertujuan merealisasikan matlamat menjadikan Sarawak hab pembangunan ekonomi di rantau ini.

Jelas beliau, antara institusi pilihan ialah lah London School of Economics dan University of Cambridge di England  serta Stanford University, Amerika Syarikat.

Ketua Menteri berkata, antara syarat yang perlu dipenuhi pelajar itu cemerlang dan layak mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Kini, beliau menjelaskan Kerajaan Sarawak sedang mengadakan perbincangan dengan Stanford University kepada pelajar negeri ini melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi.

Leave a Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
Notify of