KUCHING, 11 November 2019 – YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo hadir ke Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke – 3 Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) yang berlangsung di The Summer Shopping Mall, Kota Samarahan malam ini tadi.

Ketika berucap di majlis makan malam berkenaan, Ketua Menteri menyeru warga Sarawak agar mempertahankan hak – hak Sarawak termasuklah perkara – perkara yang berkaitan dengan perundangan dan ordinan projek – projek pembangunan yang terdapat di Sarawak.

Beliau menambah lagi, beliau berkata, beliau mahu warga Sarawak tidak terpengaruh dengan anasir-anasir yang boleh merosakkan dan memusnahkan perpaduan yang sedia terjalin dengan baik di Sarawak.

Hadir sama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Prof. Dato’ Sri Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Haji Abdul Karim Rahmsn Hamzah dan Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan, Datuk Peter Minos.

Leave a Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
Notify of