Tuan-tuan dan puan-puan, Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Karnival Sarawakiana pada 4 hingga 6 Oktober 2019 bertempat di Pustaka Negeri Sarawak.

Pelbagai aktiviti yang telah dirancang untuk memeriahkan lagi karnival tersebut dan salah satu aktiviti yang akan diadakan ialah Pertandingan Hadrah 2019 yang bertemakan “Khazanah Diwarisi Budaya Disanjungi” dengan kerjasama Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) dan Persatuan KEWARISMA.

Kepada pemain-pemain Hadrah diluar sana, mari lah beramai-ramai menyertai pertandingan ini. Penyertaan hanya terhad kepada 20 buah Kumpulan sahaja, siapa cepat dia dapat.

Disertakan bersama borang penyertaan untuk anda semua.

Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman sesawang: https://oldkuchingsmartheritage.my/2019/09/14/pertandingan-hadrah-sempena-karnival-sarawakiana/

Leave a Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
Notify of