KUCHING, 25 JUN 2019 – YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Organising Committee of Sarawak Beyond Paradigm 2019 Conference yang diketuai oleh Tn Haji Abdul Kadier Sahib bertempat di Wisma Bapa Malaysia Petra Jaya Kuching. Dalam pertemuan berkenaan, mereka ingin menjemput YAB Ketua Menteri untuk merasmikan Sarawak Beyond Paradigm 2019 Conference dan juga perkara berkaitan pembangunan teknologi dan digital khususnya di Sarawak.

Sejurus selepas itu, YAB Ketua Menteri Sarawak menerima kunjungan hormat daripada Sarawak-China Friendship Associations menjemput Ketua Menteri menghadiri Majlis Makan Malam Hubungan Baik Malaysia – China selama 45 tahun dan dianggarkan 500 orang hadirin dijangka hadir. Pertemuan diketuai oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak YB Datuk Dr. Sim Kui Hian.

Seterusnya kunjungan hormat yang ketiga pula adalah daripada Pejabat Residen Bahagian Sri Aman yang diketuai oleh YB Datuk Francis Harden anak Hollis merangkap Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti bertempat di Pejabat Ketua Menteri Wisma Bapa Malaysia Petra Jaya Kuching.

[Source: “Kunjungan hormat daripada Organising Committee of Sarawak Beyond Paradigm 2019 Conference” published by Facebook Sarawakku]

Photo Credits: Sarawakku

#Sarawakku

Leave a Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
Notify of