Donat Mamy yang semakin mendapat tempat dihati peminat-peminat donat terutamanya di sekitar Kuching. Rasanya yang sangat gebu dan manis membuatkan anda rasa tidak cukup beli skali.

Menurut pengusaha Donut Mamy, Puan Suria Ishak memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan di rumahnya sendiri dengan mengambil tempahan daripada Facebook. Kini dengan kuasa viral di media sosial, donatnya semakin dikenali ramai. Donat ala-ala Big Apple dan Dunkin’s ini adalah hasil air tangannya sendiri. Dengan bantuan suaminya En. Faradzi atau lebih dikenali sebagai Razie, kini beliau dapat membuka sebuah gerai di Jalan Astana berhadapan dengan Plaza Astana. Sebaik sahaja gerainya dibuka, pelanggan akan mula berpusu-pusu datang singgah tidak melepaskan peluang untuk merasakan kelazatan Donut Mamy. Ada pelanggan yang sudah menempah sebelum gerai dibuka kerana bimbang akan donat cepat habis.

Kepada peminat donat, boleh singgah ke gerai Puan Suria untuk menikmati sendiri Donut Mamy di Jalan Astana. Waktu mula beroperasi adalah sekitar jam 2.00ptg. Untuk sebarang tempahan, anda menghubungi Puan Suria di talian 0148888606 dan Facebook Suria Razie.

Leave a Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
Notify of