Tamat sudah KASBA MUBARAK MINI-LEAGUE 1440H l 2nd Edition anjuran Pergerakan Pemuda PBB Ranting KASBA A dengan kerjasama Kelab Belia KASBA bermula 24-26 Mei 2019.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penaja yang terlibat pada Edisi kali ini terutamanya penaja utama; Sarawak News Network (SNN), penaja emas; Resonics Consultancy, penaja peralatan sukan dan trofi; UH Sports (Coneli), penaja perak; amz Security Services serta tidak dilupakan semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan program nadi belia ini.

Arak-arak kelapa puan,
Tidak puan kelapa bali;
Harap-harap kepada tuan,
Tidak tuan siapa lagi.

Andai tidak daripada sumbangan yang dihulurkan, mana mungkin segala perancangan yang dirangka dapat direalisasikan.

Penghargaan serta ucapan syabas buat semua pasukan yang sudi menyertai pertandingan pada kali ini tidak kira kalah mahu pun yang berjaya merangkul kemenangan. Adat pertandingan, semestinyalah akan ada pihak yang meraih segala hasil atas jerih-perih serta usaha yang telah dikudratkan.

Keputusan Penuh:

Victor: ST FT
1st Runner Up: KHK
2nd Runner Up: ZH FT

Top Scorer: Raziman (ST FT)
Best Player: Muhaimin Aiman (ST FT)
Best Goleiro: Fazyry EE (ZH FT)

Apa yang pasti, semangat juang dan kesungguhan yang ditunjukkan membuktikan bahawa warga belia dapat membina satu kesatuan yang kukuh dalam memperluaskan jaringan komuniti futsal yang didasari ukhwah persaudaraan nan utuh.

Buat semua krew dan petugas, jutaan terima kasih di atas sumbangan dan jasa bakti anda khususnya pengadil pertandingan yang begitu tabah dan sabar melayan kerenah pemain. Tidak kurangnya drama-aksi yang meruntun jiwa dan menguji kesabaran, bahkan kebijaksaan pertimbangan mereka.

Pujian atas kecekapan pelaksaan tugas harus diberikan sepenuhnya kepada ‘special boys’ laut & darat yang sangat berdedikasi memastikan ‘keselamatan’ bola terpelihara serta dalam jangka masa yang ditetapkan.

Akhir kata, tidak dilupakan, Ketua Pemuda PBB Ranting KASBA A, Encik Jamil Mieso serta Timbalan beliau, Wan Ismawi Wan Saet (Tambet) yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan tanpa berbelah-bahagi kepada semua program yang telah direncanakan; khusus untuk pemuda & belia.

Andai patah sayap rajawali;
Bertongkat paruh, semangat teguh tak pudar jiwa.

Terima kasih, semoga berjumpa lagi di lain masa.

Wassalam.

Salam hormat,

Yusuf Jalli
Penyelaras KASBA MUBARAK MINI-LEAGUE 1440H

[Source: Facebook Yusuf Jalli]

Photo Credits: Yusuf Jalli

Leave a Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
Notify of