KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa bagi siasatan antarabangsa yang terbuka, telus dan objektif berhubung insiden serangan semalam ke atas dua kapal tangki di Teluk Oman.

Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata Malaysia amat bimbang terhadap ketegangan yang memuncak di Timur Tengah, yang merupakan kawasan penting bagi kepentingan Malaysia dan dunia.

“Tindakan ke atas kapal komersil awam adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa adalah jelas, mencabuli undang-undang antarabangsa, mengancam kebebasan navigasi antarabangsa dan kebebasan perdagangan.

Malaysia menggesa semua pihak supaya bertenang dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh meningkatkan lagi ketegangan di rantau itu,” kata Wisma Putra.

Menurut Wisma Putra, Malaysia akan menyokong sebarang usaha yang tidak berat sebelah bertujuan untuk meredakan ketegangan dan menyelesaikan konflik yang berlaku di rantau tersebut.

Kapal tangki yang mengibarkan bendera Kepulauan Marshal dalam pelayaran dari Qatar ke Taiwan sementara kapal tangki mengibarkan bendera Panama, dalam pelayaran ke Singapura dari Arab Saudi, apabila diserang.

Media melaporkan bahawa sekurang-kurangnya salah sebuah daripada kapal tangki yang diserang dekat Selat Hormuz dikendalikan oleh sebuah syarikat Jepun.

[Source: “Insiden serangan di Teluk Oman: Malaysia gesa siasatan terbuka” published by Sarawak Voice]

Photo Credits: Sarawak Voice

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments