KUCHING, 16 Jun – Program gotong royong membasmi denggi telah diadakan pada 16 Jun 2019 bertempat di Kampung Masjid Jalan Datuk Ajibaj Abol. Program ini merupakan anjuran Jawatankuasa Ketua Kampung  (JKKK) Kampung Masjid dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Jabatan Kesihatan Bahagian Kuching.

Sambutan untuk program ini amat menggalakkan dengan kerjasama penduduk kampung tersebut. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membasmi nyamuk aedes berikutan penularan wabak denggi yang berlaku dikawasan tersebut. Hal ini disebabkan terdapat beberapa laporan kes demam denggi yang terjadi kepada penduduk di sini.

Pihak JKKK mengambil tindakan ini agar keharmonian dan kesejahteraan kampung sentiasa bebas dari segala wabak penyakit yang merbahaya.

Program ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama penduduk kampung tersebut.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments