Abang Johari ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan MIS kepada Surau dan masjid di Bahagian Kuching di Dewan Kompleks Islam, di sini, hari ini. – Gambar Muhammad Rais Sanusi.

KUCHING: Paduka Ayahanda Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar sangat rapat dengan Sarawak bukan sahaja dalam bidang pentabiran tetapi sukan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Almarhum ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong begitu rapat dengan ahli sukan Sarawak lebih-lebih lagi ketika Allahyarham Datuk Taha Ariffin menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

“Kita rakyat Sarawak merafak sembah takziah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas kemangkatan ayahanda beliau, hari ini.

“Almarhum, bekas Sultan Pahang dan Ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong dalam hayatnya sangat rapat dengan Sarawak bukan sahaja dalam bidang pentadbiran ketika baginda menjadi Agong tetapi sukan.

“Jadi kita berdoa agar rohnya bersama orang yang soleh,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Majlis Islam Sarawak (MIS) kepada Surau dan Masjid di Bahagian Kuching di Dewan Kompleks Islam di sini hari ini.

Kemangkatan Sultan Ahmad Shah itu diumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu kenyataan hari ini.

“Dengan penuh rasa kesedihan dan kesayuan, saya mengumumkan kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah pada pagi Rabu, 22 Mei bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.”

[Source: “Almarhum sangat rapat dengan Sarawak – Abang Johari” published by Utusan Borneo]

Photo Credits: Utusan Borneo

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments