KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd menjangka dapat mencapai sasaran pengeluaran tenaga boleh baharu sehingga 200 megawatt (MW) pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya Datuk Dr Abdul Karim Abdullah berkata setakat ini projek berkenaan sedang dibangunkan di Sabah, Perak dan Laos.
“Sehingga kini syarikat membangunkan projek menghasilkan 130 megawatt dengan anggaran kos sebanyak RM1.3 bilion di lokasi tersebut,” katanya kepada pemberita pada program Smart Living Innovation Caucus 2018 (SLIC) di sini pada Selasa.

“Sebagai contoh, di Kota Marudu (Sabah) kita sedang membangunkan projek 30 MW loji kuasa hidro. Kita juga menandantangani kontrak untuk membina 60 MW di Perak.
Malah, kata Abdul Karim, syarikat juga optimis baki 70 MW yang melibatkan anggaran kos sebanyak RM700 juta mampu dicapai menjelang hujung tahun ini.
Mengenai hasrat kerajaan untuk menghasilkan 20 peratus tenaga boleh baharu menjelang 2025, beliau berkata pelbagai pihak perlu memainkan peranan.
“Untuk memastikan hasrat ini tercapai, perlu ada penglibatan dan komitmen yang serius daripada pemain industri jana kuasa.
“Ia termasuk kerajaan sebagai penggubal dasar baharu, institusi kewangan yang memberi sokongan dan penerimaan pengguna sebaik ia dilaksanakan dengan tarif yang berpatutan, katanya.

[Source: “Serba Dinamik sasar 200 megawatt tenaga boleh baharu tahun ini” published by Astro Awni / BERNAMA]
0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments