PELUANG LATIHAN PERCUMA (TAJAAN YAYASAN SARAWAK DENGAN KERJASAMA SERBA DINAMIK SDN BHD & CENTEXS) DAN PEKERJAAN DALAM INDUSTRI MINYAK & GAS! 15 KEKOSONGAN (WARGA SARAWAK ATAU YANG TINGGAL DI SARAWAK SAHAJA)

Nama Program: Rotating Static Equipment Technician
Objektif: Untuk meningkatkan penyertaan bumiputera di dalam bidang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan pendapatan lumayan di industri minyak dan gas.

Pensijilan antarabangsa yang ditawarkan dengan tajaan kerajaan negeri:
• Certificate in Basic Engineering awarded by City & Guilds Institute of London
• Certificate in Plant Maintenance awarded by City & Guilds Institute of London
• International Health and Safety Passport certified by Engineering Construction Industry Training Board (ECITB), the United Kingdom

Kemasukkan: April 2019

Tempoh kursus: 5 bulan (3 bulan teori – Santubong, Kuching; 2 bulan praktikal – Bintulu)

Syarat-syarat kelayakan:
• Warga/anak Jati Sarawak atau yang bekerja/menetap di Sarawak sahaja
• Lelaki – berumur 18 dan 35 tahun semasa memohon
• Minima SPM atau yang setaraf
• Berminat untuk bekerja di industri minyak dan gas
• Boleh bekerja lebih daripada masa bekerja (jika perlu)
• Berkeyakinan dan mempunyai peribadi yang baik
• Tidak mempunyai rekod jenayah
• Bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol

Testimonial para pelajar sebelum ini dan pendapatan bulanan terkini:

• Gaji bulanan terkini RM 7,000 hingga RM 12,000 (pengalaman 7 tahun)
“Program Rotating Equipment City & Guilds Institute of London telah banyak berjasa untuk kejayaan kerjaya saya sekarang.” – Pelajar tahun 2008, Senior Technician, Petronas Carigali

• Gaji bulanan terkini RM 6,000 (pengalaman 5 tahun)
“Syukur selepas latihan di bidang Rotating Equipment, orang-orang muda seperti saya diberi jaminan pekerjaan di sektor minyak dan gas serta mendapat peluang untuk memajukan kerjaya sendiri.” – Pelajar tahun 2010, Service Centre Manager, Serba Dinamik

• Gaji bulanan terkini RM 5,000 (pengalaman 3 tahun)
“Latihan praktikal Rotating Equipment adalah aspek yang paling best dan yang sangat saya hargai.” – Pelajar tahun 2012, Technician, Cameron

• Gaji bulanan terkini RM 3,000 (pengalaman 4 tahun)
“Saya gembira dapat masuk program latihan City & Guilds Institute of London kerana ianya menekankan banyak aspek kemahiran untuk mengendalikan pelbagai jenis Rotating Equipment.” – Pelajar tahun 2011, Technician, TTES Team & Specialist
Kepada calon yang BERMINAT, sila beri nama penuh seperti dalam IC, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi dan hantar maklumat anda ke e-mel;
training@e-serbadkgroup.com atau hubungi talian 03-5511 3213

Nota: Bertindak sekarang dan kongsilah berita baik ini kepada kenalan anda!

2 Comments

  • joshua

    Hai! sekiranya saya berminat untuk mengikuti program latihan selama 5 bulan saya ingin tahu ada apa- apa bayaran untuk program ini tak?

     
    • Untuk sekarang, yang kami tahu latihan adalah dibiyayai sepenuhnya. mungkin boleh berhubung lanjut dengan mereka! jika betul berminat dan belum berkesempatan untuk tahun ini, mungkin boleh cuba lagi untuk pengambilan yang akan datang 🙂

       

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.