Bot Penambang Kuching Kini Berwajah Baru, Turut Dilengkapi Panel Solar

12 buah bot penambang yang beroperasi di Waterfront Kuching kini berwajah baru apabila satu inisiatif diadakan untuk menaiktaraf bot bot penambang tersebut.

Proses naik taraf bot penambang ini dilakukan oleh Fakulti Alam Bina UNIMAS dan merupakan salah satu cabang dalam Projek Old Kampung Heritage yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Proses naik taraf bot penambang ini dibahagi kepada beberapa peringkat meliputi cadangan corak, pemilihan corak sehingga ke pemasangan panel solar dan melibatkan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan projek ini berjaya.

[Source: “Bot Penambang Kuching Kini Berwajah Baru, Turut Dilengkapi Panel Solar” published by I Love Kuching]

Leave a Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
Notify of