Kuching Makeup Competition 2019 yang berlangsung di UCSI  Hotel Kuching anjuran Raja Inai Sarawak, Naib presiden Sarawak Makeup Artist Association dengan kerjasama Alisya Zaquan, Starllient Buma dan Awangku Mirza mendapat sambutan daripada Makeup Artist Sarawak yang berani untuk tampilkan diri dan mengasah bakat dalam seni makeup yang bertemakan ” Glam Bollywood ” .

Objektif pertandingan ini diadakan sebenarnya memberi platform kepada makeup artist di Sarawak untuk meningkatkan nama dalam industry makeup di Sarawak dan juga mencabar diri untuk menerima kritikan dan komen-komen dari juri-juri yang dilantik bagi mengadili 29 peserta yang bertanding pada hari tersebut.

Buat julung-julung kalinya pertandingan sebegini dianjurkan di Kuching Sarawak dan juri jemputan seperti Orden Syam, Gabriel Padan dan Jacqueline Kihing sememangnya tidak asing lagi dalam industry makeup di Sarawak yang sememangnya professional dan berpengalaman luas. Mereka menilai secara professional dan beberapa saringan telah dibuat oleh juri pada pertandingan tersebut.

Penaja utama bari pertandingan ini adalan EliteEstetik Medispa dan beberapa hadiah telah ditaja untuk para peserta dalam pertandingan ini.

Yen yusop, telah menjadi naib juara bagi pertandingan ini dan membawa pulang hadiah seribu ringgit beserta trofi. Tempat kedua dan ketiga telah dimenangi oleh zara Sentuhan Kiri Douglas . Masing-masing menerima hadiah wang tunai dan juga voucher daripada EliteEstetik Medispa.

Peserta 10 teratas juga turut mendapat hadiah wang tunai dan trofi. Antaranya ialah Inna Sharina, Umyra Liani , Khasmizi Zainudin , Nurul Farhana  , Syazend Lee , Norasida dan Siti Zue Rosdi .

Diharap pertandingan seperti ini berterusan bagi memartabatkan industry makeup di Sarawak dan memberi semangat kepada anak-anak muda yang minat dalam seni solekan untuk berani tampil kehadapan dan mencungkil bakat dalam dunia Andaman yang boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan.

[Source: “Kuching Makeup Competition 2019 Mencabar 29 Peserta Yang Bertemakan Glam Bollywood” published by TVSarawak.com]

Leave a Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
Notify of