Objektif lawatan untuk Persatuan Anggerik Kuching adalah untuk membuat benchmarking pengurusan ladang anggerik komersial. Seramai 15 orang telah mengikuti delegasi lawatan ke ladang komersial Anggerik di Ulu Tiram, Johor.

Antara aktiviti dari lawatan:
1. Melawat ladang Anggerik di Orchid Farm di Ulu Tiram Johor Baru.
2. Mempelajari selok belok cara penanaman bunga Orkid yang betul.
3. Ahli diberi penerangan mengenai potensi perniagaan di dalam industry bunga Orkid.
4. Mengetahui benchmark peralatan dan cara untuk menguruskan penanaman bunga orkid
dengan betul dan berkesan.
5. Mengetahui jenis-jenis bunga orkid yang telah ditanam untuk tujuan komersil.

Para peserta berasa amat berpuashati dengan lawatan tersebut dan berharap bahawa ilmu pengetahuan yang di perolehi dapat membantu ahli memulakan penanaman bunga orkid dengan betul dan sekaligus membuka peluang kepada para ahli untuk menjana pendapatan sampingan dengan menjual bunga orkid.

Selain itu, ahli persatuan juga telah di bawa melawat ke kawasan ladang tanaman bunga orkid yang mencapai keluasan 100 ekar dan di beri penerangan bagaimana untuk menguruskan tanaman bunga orkid dengan betul dan sistematik.

Para peserta juga telah diberi penerangan mengenai jenis-jenis bunga yang sesuai untuk di tanam bagi tujuan komersil dan bagaimana untuk menjaga dan meningkatkan lagi pengeluaran dengan menggunakan pokok bunga yang sama.

Ahli persatuan juga telah di bawa melawat ke kawasan ladang tanaman sayuran yang berdekatan dan melihat sendiri bagaimana tanaman sayuran secara besar-besaran dilakukan.

 

Hasil kunjungan singkat ini telah memberi peluang kepada para ahli persatuan mengetahui dengan lebih lanjut potensi dan peluang yang ada di dalam bidang agro untuk dijadikan sebagai satu perniagaan.

Penanaman bunga anggerik adalah lebih praktikal dan tidak memerlukan kos yang tinggi berbanding dengan tanaman bunga yang lain seperti bunga ros. Melalui program dan latihan yang berterusan, ia pastinya dapat membantu para ahli untuk menguasai cara-cara yang betul untuk menguruskan penanaman bunga orkid.

2
Leave a Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Precinia
Guest
Precinia

Macam mana nak kontek persatuan ni?