Selera Kenyalang Cafe merupakan business keluarga. Disini, kami telah menyediakan pelbagai variasi makanan dan stall – stall makanan yang lain. Selera Kenyalang cafe telah mendapat sambutan orang luar , dan pada hujung minggu, cafe kami telah menjadi tumpuan kepada Riders super bike yang berkunjung di Cafe kami untuk menjami selera makan pagi. 

Selain itu, cafe kami juga pernah didatangi oleh beberapa orang ternama seperti YB Fazaruddin dan bekas permain badminton terkenal. Alhamdulillah, kami telah menerima pelbagai tindak balas yang positive dan pujian. 

Disebabkan sambutan yang amat menggalakkan, Selera Kenyalang cafe dibuka pada setiap hari dari jam seawal 7 pagi sehingga 7 malam. 

Lokasi Selera Kenyalang Cafe terletak di Pusat Komersil Swan Matang jaya lorong 6 (bersebelahan dengan Shiok Seafood dan Coffee Break).

Ada pelbagai jenis makanan yang telah disediakan disini. Antaranya adalah seperti Mee Laksa, Mee jawa, Mee Kolok (mendapat sambutan ), Nasi ayam (mendapat sambutan ramai), roti canai (untuk breakfast), lauk pauk (nasi campur untuk lunch), pelbagai makanan bergorengan (ala carte). Selain daripada itu, kami juga menyediakan makanan kegemaran kanak2 seperti Roti Chocolate Hersheys, Sausage, French Fries, Ice cream sandwich, cola float dan yang lain lain. 

Kami amat berbesar hati menyeru semua warga Kuching untuk mencuba masakan kami. Kami akan menyediakan perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggan.

Untuk selanjutnya , jangan lupa LIKE facebook page kami Selera Kenyalang Cafe untuk menempah lunch pack , Kuih muih, biskut-biskut. Semuanya telah disediakan di facebook page kami. 

[Selera Kenyalang Cafe]

Leave a Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
Notify of