Burger Cheezy Legend Abang JJ adalah burger ‘homemade’ istimewa yang diusahakan oleh anak jati kuching En. Mohd Ghazali Jeman atau lebih dikenali sebagai Jalot Jeman.

Perniagaan kecil-kecilan di hadapan rumahnya tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan peminat-peminat burger dalam dan luar kawasan kuching. Dengan kombinasi burger dan sos keju yang meleleh membuatkan pelanggan tidak melepaskan peluang untuk mencubanya. Berikutan sambutan baik daripada  pelanggan,Burger Legend Abang JJ dibuka seawal 3 petang hingga 12 tengahmalam dan 6 petang hingga 12 tengahmalam pada hari sabtu dan ahad.

Lokasinya terletak di No. 11A Lorong Kulas Utara 1, 93400, Kuching, Sarawak (Belakang Bank Islam Satok). Ada pelbagai jenis burger yang dijual di sini seperti Burger Cheezy Urang Muder, Urang Dara, Pak Saok, Legend, Heroin dan yang terbaru LadaCheezy dengan harga yang berpatutan.

Burger Cheezy Abang JJ juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran terus kepada pelanggan bagi kawasan sekitar kuching.  Untuk tempahan atau COD, boleh hubungi atau Whatsapp 0168626175 (Jalot Jeman).

Jangan lupa untuk ‘like’ Facebook ‘House of Burger Abg JJ’ dan Jalot Jeman Lejend untuk maklumat lebih lanjut.

[Old Kuching Kampung Heritage]
0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments