Ketua Komponen Kampung Heritage saran Pertandingan Video Pendek Old Kuching Heritage dijadikan acara tahunan

TAHNIAH: Dr Al Khalid (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada juara Pertandingan Video Pendek Old Kuching House, Abang Azmi Reza (kiri) pada majlis penyampaian sijil dan hadiah, semalam.

KUCHING: Ketua Komponen Kampung Heritage Dr Al Khalid Othman menyarankan agar Old Kuching Heritage di bawah Jabatan Ketua Menteri menjadikan Pertandingan Video Pendek Old Kuching Heritage sebagai acara tahunan.

Menurutnya, ia adalah langkah untuk mempromosikan bandar raya Kuching sebagai sebuah destinasi pelancongan warisan dunia kepada pihak luar.

“Kita mencadangkan agar pertandingan ini diadakan secara berterusan sebagai cara untuk mempromosikan Kuching destinasi pelancongan yang kaya dengan khazanah dan legasi sejarahnya tersendiri.

“Pada masa sama, ia dapat membantu melahirkan bakat-bakat tempatan dalam industri perfileman. Harapan kita dengan mengadakan langkah sedemikian, lebih ramai anak-anak muda akan menyertainya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mewakili Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Dr Sabariah Putit pada majlis penyampaian Sijil dan Hadiah Pertandingan Video Pendek Old Kuching Heritage di sini, semalam.

Dr Al Khalid berkata, seramai 25 finalis terpilih dalam senarai akhir pertandingan video pendek itu yang telah bermula dari 28 September hingga 30 November lalu.

“Tahniah kepada semua pemenang dan saya ber- harap kemenangan ini akan menjadi pembakar semangat untuk anda terus menempa kejayaan,” katanya sambil menambah pertandingan itu terbuka kepada dua kategori iaitu profesional dan pelajar.

Sementara itu, majlis menyaksikan Abang Azmi Reza Abang Abdul Rauf dan Vivian Wong Yu Yin masing-masing menjadi juara pertandingan video pendek itu bagi kategori profesional dan kategori pelajar.

Abang Azmi dengan tajuk videonya ‘The Old Kuching Heritage Trail’ dan Vivian (myKuching) masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM5,000.

Manakala tempat kedua dan ketiga untuk kategori profesional jatuh kepada Brendan Goh Chuan Lung dan Abdu Muliadi Abdul Mulluk dengan masing- masing membawa pulang hadiah wang tunai RM 3,000 dan RM2,000.

Bagi kategori pelajar pula tempat kedua dan ketiga menjadi milik Nurul Hikmah Begum Ali Sabri dan Elizerbeth Patterson dengan masing- masing menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,000.

Sementara hadiah sagu hat untuk kategori profesiona dimenangi seramai tujuh peserta dengan hadiah wang tunai sebanyak RM500 setiap seorang.

Turut diadakan ialah majlis penyampaian hadiah kepada pemenang untuk program StartUp Borneo 2018 yang diadakan pada 21 hingga 22 Oktober lalu.

“Kita mencadangkan agar pertandingan ini diadakan secara berterusan sebagai cara untuk mempromosikan Kuching destinasi pelancongan yang kaya dengan “khazanah dan legasi sejarahnya tersendiri.

[Source: “Inisiatif promosi Kuching sebagai destinasi warisan dunia” published by Utusan Borneo]

Photo Credits: Utusan Borneo

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments