TRIBUNPONTIANAK.CO.ID, PONTIANAK -Chief Technical Officer Startup Borneo Abdul Qaiyum Alidin bersama Ketua umum BPD Himpunan Pengusaha Muda Indonesia (Hipmi) Dania Yuniarti Abdussamad berkunjung ke Universitas Tanjungpura untuk menemui Rektor Untan Thamrin Usman Dea (1/2).

Abdul mengatakan hari ini hari terakhir pada lawatan delegasi dari Sarawak di Pontianak.

Pada lawatan kali ini Abdul ingin menyampaikan nasihat ekonomi digital dari Sarawak.

Sekarang Sarawak masih dalam usaha membangunkan bandar Kuching sebagai bandar pintar.

Jadi Ketua umum Hipmi Kalbar Dania yang punya strateginya.

” Kita juga sudah mengenal banyak mahasiswa di Kalbar yang bisa berkolaborasi untuk Startup usahawan dari Sarawak,” ujar Abdul.

Abdul juga mengucapkan terima kasih kepada Hipmi kerana banyak memudahkan aktiviti-aktiviti lawatan dari negeri Sarawak.

”Hari ini kita bersama ketua Hipmi, Dania melawat rektor Untan melanjutkan kolaborasi lain dalam masa datang,” lanjutnya.

Kedatangan rombongan kerajaan Sarawak bersama Hipmi untuk membentuk kerjasama dengan pihak Untan dalam membangun digital ekonomi.

”Kita melihat dalam bentuk kerjasama research antara pelajar dan mahasiswa,” ujarnya.

Hipmi menjadi salah satu platform yang bagus kerana mempunyai icon seperti Ketum Dadia yang punya semangat dan motivasi untuk berbagi kepada mahasiswa.

Untan sendiri memerlukan icon seperti Dania dalam bentuk kerjasama research.

Jika semua berhasil, usaha yang dilakukan bagus, kerajaan Sarawak akan datang ke sini dan Hipmi akan membantu dari segala aktiviti dan mengajak para mahasiswa juga.

[Source: “BPD Hipmi Kalbar Lakukan lawatan ke Untan, Ini Yang Disampaikan Abdul Qaiyum Alidin” published by TRIBUNPONTIANAK.CO.ID]

Leave a Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
Notify of