IKLAN JAWATAN KOSONG
Iklan Jawatan Kosong Di Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak
Permohonan dipelawa daripada calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 24 tahun mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
Jawatan: Penolong Pegawai Penerangan S.27
Syarat Lantikan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: –
I. Terdiri daripada Warganegara Malaysia berbangsa Melayu Sarawak
II. Beragama Islam, belum berkahwin, sihat tubuh badan dan berpengalaman dalam bidang berkaitan
III. Diploma Komunikasi dan Media daripada Universiti atau Politeknik-Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
IV. Diploma Teknologi Maklumat atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
V. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Matematik, Bahasa Inggeris dan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
VI. Berkebolehan dalam menggunakan alpikasi Microsoft Office.
Cara memohon:
Permohonan hendaklah dialamatkan kepada:
Pengurus Besar,
Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak
Jalan Rodway, 93000, Kuching.
No Tel.: 082-239460
No. Faks: 082-255731
E-mel: akybms@gmail.com
Butir-butir peribadi serta salinan kad pengenalan, sijil-sijil atau dokumen-dokumen yang telah disahkan termasuk gambar berukuran passport yang terkini hendaklah dikepilkan bersama. Permohonan hendaklah sampai ke alamat di atas pada atau sebelum 18 Januari 2019.