
Semua Pemenang di Majlis Penyerahan Sijil dan Hadiah Pertandingan Video Pendek Old Kuching Heritage.
Pemenang-pemenang pertandingan video ini berpeluang memenangi hadiah keseluruhan berjumlah RM23,500. Semua video pemenang menjadi hak milik Kerajaan Sarawak. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori student dan juga professional. Juara untuk kategori student adalah Vivian Wong Yu Yin dengan tajuk video nya ‘myKuching’ akan menerima hadiah sebanyak RM5,000.00, tempat kedua adalah Nurul Hikmah Begum Bt. Ali Sabri dengan tajuk video nya ‘Banke at Carpenter Street, Kuching! (Old Kuching Heritage)’ akan menerima hadiah sebanyak RM3,000.00 dan tempat ketiga adalah Elizerbeth Anak Patterson dengan tajuk video nya ‘Kuching Waterfront Heritage’ akan menerima hadiah sebanyak RM2,000.00. Juara bagi kategori professional pula adalah Abang Azmi Reza Bin Abang Abdul Rauf dengan tajuk video nya ‘The Old Kuching Heritage Trail’ akan menerima hadiah sebanyak RM5,000.00, tempat kedua adalah Brendan Goh Chuan Lung dengan tajuk video nya ‘Old Kuching Heritage’ akan menerima hadiah sebanyak RM3,000.00 dan tempat ketiga adalah Abdul Muliadi Bin Abdul Mulluk dengan tajuk video nya ‘Tudung Keringkam’ akan menerima hadiah sebanyak RM2,000.00. Tujuh orang peserta iaitu Mohd Shahrin Bin Bakar, Sharveswary A/P Malaiyalam, Aylwin Lim, Mohd Shahmin Bin Sahari, Vanden Michael, Syahnur Asyikin Kee Charles dan Nur Elana Binti Mohd Saferinor pula akan menerima hadiah sagu hati bernilai RM500 seorang. [Admin]