25 November 2018, program aktiviti Kelab Pemancing Sungai Lajem yang bertemakan Memancing Sambil Beramal adalah salah satu aktiviti yang bertujuan untuk mengeratkan lagi jalinan persaudaraan di antara ahli-ahli kelab sambil beramal. Hasil tangkapan dari semua peserta akan disedekahkan kepada 2 keluarga asnaf di kawasan sungai Lajem. Program ini adalah yang ke-2 semenjak tahun 2017. Bagi pihak Kampung Heritage, ia merupakan satu aktiviti yang amat murni disamping dapat mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat kampung dan juga ahli kelab, tahniah dan terimakasih di atas segala usaha dan kerjasama semua yng terlibat. Pengerusi Kelab Memancing Sungai Lajem dipengerusikan oleh Encik Majais Bujang. Segala cadangan aktiviti-aktiviti berkaitan memancing di Sungai Sarawak dan Sukan Berkayak boleh diuruskan secara profesional dan cekap oleh pihak Kelab. Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui Pengerusi Kelab HP: 017-8218290  

Leave a Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
Notify of