KUCHING (25 Oct 2018): Lebih 15 aktiviti warisan Melayu bakal diadakan pada Sabtu dan Ahad (27 dan 28 Oktober) ini dalam Pesta Warisan Melayu 2018 di pekarangan Kompleks Sukan Satok, Padang SLPAS di sini.

Antara aktivitinya ialah Pameran Warisan dan Kebudayaan yang bakal mempamerkan sejarah kampung warisan, artifakartifak terpilih dari muzium serta koleksi gambar-gambar lama.

T u r u t d i a d a k a n persembahan bunga silat (jurus), persembahan tempur bersenjata serta sukan rakyat yang meliputi aktiviti seperti bergendang atau bermukun, hadrah, tongko, tarian tradisional serta kaki tiga.

Aktiviti-aktiviti ini akan memberi peluang kepada masyarakat setempat serta pelancong untuk mengimbau kembali nolstagia warisan Melayu di bandar raya Kuching.

Ia juga dapat mengembangkan lagi ketampakan Kampung Heritage di peringkat nasional dan antarabangsa.

Pesta Warisan Melayu 2018 (Malay Heritage Festival 2018) merupakan salah satu aktiviti Kampung Heritage di bawah komponen Old Kuching Heritage dan julung kali diadakan di Sarawak.

Acara ini telah dirancang untuk dijadikan sebagai acara tahunan negeri bagi memupuk kesedaran dalam penjagaan warisan di Sarawak.

Old Kuching Heritage adalah salah satu inisiatif Kerajaan Sarawak yang bertujuan menjadikan bandar raya Kuching sebagai bandar raya bersejarah yang bertaraf dunia serta menjadi pemangkin dalam meningkatkan ekonomi daripada sektor pelancongan.

S e l a i n d a r i p a d a pembangunan fizikal pemeliharaan dan pengekalan yang berteraskan Heritage, pelbagai aktiviti berasaskan kebudayaan tempatan telah dirancang dan dilaksanakan di peringkat Kerajaan Sarawak demi memastikan kelestarian sektor pelancongan.

Pesta Warisan Melayu 2018 ini akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 28 Oktober ini jam 7.30 malam di tempat yang sama, iaitu di pekarangan Kompleks Sukan Satok, Padang SLPAS, di sini.

Pesta Warisan Melayu 2018 ini diadakan dengan kerjasama Amanah Khairat Yayasan Melayu Sarawak (AKYBMS), Dewan Bandaraya Kuching Utara ( DBKU), Sarawak Multimedia Authority (SMA), UNIMAS, Jabatan Muzium Sarawak, Lembaga Sungai Sarawak, Sarawak Tourism Board (STB), JKR, Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEX), PDRM, Angkatan Pertahanan Awam, RELA, JKKK Kampung Masjid, Kiwitech, Persatuan Kenu Sarawak serta Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Kampung Heritage adalah salah satu daripada empat komponen dalam Old Kuching Heritage yang merupakan antara inisiatif di bawah strategi ekonomi digital Sarawak bagi tahun 2018-2022.

P e m b a n g u n a n i n i d i r a n c a n g k a n s e r t a ditubuhkan dengan visi menjadikan bandar raya Kuching sebagai sebuah lokasi pelancongan warisan dunia serta dapat menarik pelancong sama ada di peringkat domestik, nasional atau antarabangsa.

Hasrat ini boleh dicapai dengan mewujudkan daya saing bandar raya Kuching sebagai destinasi pelancongan berasaskan pemeliharaan dan pengekalan warisan sedia ada.

Leave a Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
Notify of